• myccskill
  • merdeka60tahun
  • sdjuara
  • pamplet
  • brochure psh

Terkini

12-13 Sept 2017 : MYCCSKILLS PASTRY 2017

Takwim Kursus Pendek

JadualSept2017Hubungi Talian 04-4708768 atau kunjungi www.facebook.com/kkbaling untuk maklumat terkini

Kolej Komuniti Baling

kolej

Kolej Komuniti Baling merupakan sebuah Kolej di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Penubuhan kolej ini adalah untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar - pelajar lepasan SPM dan juga kumpulan - kumpulan lain dalam masyarakat untuk melanjutkan pendidikan dalam bidang latihan dan kemahiran yang mereka minati.

Pada awal penubuhannya, Kolej Komuniti Baling mula beroperasi di Pusat Latihan Keda (PUSTIKA) Sik pada 23 Januari 2006 di bawah naungan Kolej Komuniti Sungai Petani dan dikenali sebagai Kolej Komuniti Sungai Petani cawangan Baling. Pengambilan pelajar pertama di kolej ini adalah seramai 18 pelajar dalam jurusan Sijil Bakeri dan Konfeksioneri dan 13 pelajar dalam jurusan Sijil Fesyen dan Pakaian. Tenaga pelajar pertama yang ditempatkan di Kolej Komuniti Sungai Petani cawangan Baling adalah seramai 5 orang. Kolej Komuniti Sungai Petani cawangan Baling berpindah pada 10 Julai 2006 ke penempatan baru di Bangunan Industri Keda, Batu 42, Mukim Pulai 09100 Baling, Kedah. Pada 25 Mei 2009, Kolej Komuniti Sungai Petani cawangan Baling mendapat Pusat Tanggungjawab baharu dan menjadi Kolej induk daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seterusnya dikenali sebagai Kolej Komuniti Baling Kedah. Kolej Komuniti Baling telah dibenarkan beroperasi di bangunan sendiri bertempat di Kota Baling Jaya, Batu 42 Pekan Pulai, 09100 Baling, Kedah bermula 6 Disember 2010.

Dengan tertubuhnya Kolej Komuniti Baling, maka bertambahlah institusi yang bertanggungjwab mendidik pelajar - pelajar lepasan menengah yang mempunyai minat dalam bidang yang berasaskan kemahiran. Selain daripada melatih pelajar - pelajar lepasan SPM, Kolej Komuniti Baling juga memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang berasaskan kemahiran dan ilmu terkini.
Antara objektif penubuhan Kolej Komuniti Baling adalah untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan tenaga mahir. Bagi golongan masyarakat setempat pula, Kolej Komuniti Baling berperanan memberi pendedahan kepada mereka melalui kursus - kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang - bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 044708768
  • No Faks: 044708767
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Baling, Kota Baling Jaya, Batu 42 Pekan Pulai, 09100 Baling, Kedah Darul Aman
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2